Thursday, 7 July 2016

Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir Euro 2016

Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir Euro 2016. Cristiano Ronaldo dan Nani masing-masing meledak satu gol untuk membawa Portugal ke final Euro 2016 selepas menewaskan Wales 2-0 di Stade de Lyon sebentar tadi. 

Permainan di babak pertama tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melakukan percubaan namun gagal menemui sasaran. 

Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir Euro 2016. Bale bagaimanapun lebih menyerlah berbanding rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo apabila melakukan dua percubaan tepat ke arah gawang Portugal.

Wales turut mempunyai peluang untuk membuka jaringan menerusi Andy King namun tandukannya melambung tinggi. 

Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir Euro 2016


Ronaldo diumpan hantaran-hantaran cantik di awal permainan oleh Cedric dan Joao Mario, namun dia dikawal ketat oleh pertahanan Wales dan sukar mendapatkan bola termasuk halangan yang sepatutnya diberikan penalti. 

Bersambung babak kedua, hanya dua percubaan tepat diperlukan Portugal untuk mendahului permainan menerusi Ronaldo pada minit ke-50 dan Nani tiga minit kemudian. 

Portugal Mara Ke Perlawanan Akhir Euro 2016


Ronaldo melompat tinggi untuk membuka jaringan dan kemudian melakukan lorongan kepada Nani untuk gol kedua Portugal laporan Agensi.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...