Friday, 1 July 2016

Pesan Azmin Ali Kepada Parti-Parti Pembangkang

Pesan Azmin Ali Kepada Parti-Parti Pembangkang. Pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng harus menjadi panggilan kepada parti-parti pembangkang yang berbalah supaya bersatu menghadapi “era baru politik jijik”.

Menyifatkan pendakwaan itu suatu penganiayaan terpilih, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ianya menunjukkan Najib kini mempunyai kuasa yang sama sekali tiada imbang periksa.

Pesan Azmin Ali Kepada Parti-Parti Pembangkang. Menghadapi keadaan ini, Azmin menyeru parti-parti pembangkang supaya kembali membulatkan muafakat membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.

“Najib Razak sebenarnya telah pun bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa tersebut apabila memulakan dakwaan-dakwaan ini terhadapnya.

“Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama,” seru Azmin dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR, salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang dibentuk selepas perpecahan Pakatan Rakyat angkara perbalahan antara PAS dan DAP.

Pesan Azmin Ali Kepada Parti-Parti Pembangkang


Sebagai satu blok, parti pembangkang mengejutkan negara selepas merampas empat negeri daripada BN dalam pilihan raya umum 2008.

Dua penggal dan satu perceraian kemudian, BN menang bergaya dalam pilihan raya negeri Sarawak angkara perbalahan antara PKR dan DAP, dan PH tewas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar angkara pertandingan tiga penjuru dengan PAS.

“Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita,” pesan Azmin.

Pesan Azmin Ali Kepada Parti-Parti Pembangkang. “Kita mahu bersihkan pertiwi ini daripada wabak rasuah di peringkat tertinggi, salah guna kuasa yang tidak terbendung serta bebas daripada cengkaman sekumpulan elit yang berterusan menjarah sumber negara,” tambahnya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...