Friday, 15 July 2016

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai. Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

“Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai.  “Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Bezza, Model Sedan Sulung Keluaran Terkini Perodua. Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai


“Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan ‘Beza’ dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna ‘berbeza’ dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza,” katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian — 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L “Premium X” (transmisi manual dan automatik); dan, 1.3L “Advanced Version” transmisi automatik.

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai


“Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti,” kata Aminar.

Perodua Bezza Boleh Ditempah Mulai 16 Julai.  Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam — ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’ lapor Bernama.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...