Friday, 8 July 2016

Perancis vs Jerman, Perancis Mara Ke Akhir

Perancis vs Jerman, Perancis Mara Ke Akhir. Tuan rumah Perancis mara ke final Euro 2016 selepas menewaskan juara dunia, Jerman 2-0 di Stade Velodrome sebentar tadi. 

Penjaring terbanyak kejohanan, Antoine Griezmann menambah koleksi jaringannya di kejohanan ini kepada enam gol apabila meledak dua gol pada perlawanan separuh akhir itu. 

Perancis vs Jerman, Perancis Mara Ke Akhir. Jerman yang menguasai babak pertama permainan dikejutkan dengan penalti minit terakhir sejurus sebelum rehat apabila bola terkena tangan kapten Bastian Schweinsteiger yang turut dilayangkan kad kuning.

Griezmann tenang mengambil sepakan penalti untuk menewaskan Manuel Neuer yang sepanjang laluan ke separuh akhir, hanya dibolosi sekali dalam tempoh permainan sebenar. 

Perancis vs Jerman, Perancis Mara Ke Akhir


Bersambung babak kedua, Perancis yang memanfaatkan serangan-serangan balas pantas sekali lagi menembusi benteng Jerman pada minit ke-72 dan Griezmann meledak gol kedua selepas menolak masuk bola hantaran lintang Paul Pogba yang ditampan Neuer. 

Perancis vs Jerman, Perancis Mara Ke Akhir. Perancis akan bertemu Portugal pada aksi final di Stade de Paris awal pagi Isnin lapor Agensi.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...