Wednesday, 27 July 2016

Pengganti Abu Kassim Mohamed Tersebar

Pengganti Abu Kassim Mohamed Tersebar. Timbalan Ketua Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim disebut-sebut dinamakan sebagai pengganti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang bersara pada bulan Ogos.

Kerajaan sedang mencari pengganti itu berikutan keputusan Abu Kassim untuk bersara awal, lapor akhbar berbahasa Cina Oriental Daily yang memetik sumber.

Tawaran itu dikatakan dibuat ketika Noor Rashid dalam lawatan rasmi ke London bulan lalu.


Pengganti Abu Kassim Mohamed Tersebar


Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak terus menerima tawaran itu kerana mahu lebih masa untuk mempertimbangkan, lapor akhbar itu lagi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...