Wednesday, 6 July 2016

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti?

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti? Pengebom dipercayai anggota IS menyerang kota suci Madinah dan dua lagi bandar raya sejurus sebelum waktu berbuka puasa tadi, dalam serangan yang dirancang pada hari terakhir Ramadan, dan setakat ini angka kematian tujuh orang termasuk tiga pengebom itu.

Siri serangan bom kali ini dipercayai mensasarkan diplomat Amerika Syarikat (AS), pengikut aliran Syiah dan pasukan keselamatan, hanya beberapa hari selepas IS mengaku bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai di Turki, Bangladesh dan Iraq.

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti? Serangan juga berlaku di Jeddah dan Qatif.Di Jeddah, jurucakap Arab Saudi berkata penyerang meletupkan diri di sebuah tempat letak kereta berhampiran konsulat AS, manakala tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan di Qatif kecuali kematian penyerang.

Kerosakan dan kehilangan nyawa terbesar berlaku di Madinah, apabila penyerang meletupkan diri dekat ibu pejabat pasukan keselamatan berhampiran Masjid Nabi, yang juga menempatkan makam Nabi Muhammad.

Empat anggota keselamatan Arab Saudi terbunuh, lima lagi cedera, menurut jurucakap Arab Saudi kepada agensi berita SPA.Kebakaran besar kelihatan dalam satu klip video dirakam saksi selepas serangan di Madinah, diiringi bunyi siren. 

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti?


Gambar diperolehi Reuters juga menunjukkan seorang yang mengalami kebakaran di badannya terlantar dan berlumuran darah di sebuah hospital.Media sosial juga menunjukkan asap berkepul-kepul berhampiran Masjid Nabi, struktur asalnya dibina pada kurun ke-7 dan menempatkan makam Nabi dan dua sahabat baginda.

Di Qatif yang terletak di sebelah timur dan di mana terdapatnya penduduk minoriti Syiah, dua letupan berlaku di sebuah masjid.Saksi melaporkan melihat anggota badan terputus dipercayai penyerang.

Seorang penduduk bandar itu memberitahu hanya penyerang berkenaan dipercayai mati memandangakan jemaah masjid sudah pulang ke rumah berbuka puasa.Pasukan pertahanan awam sedang membersihkan kawasan tersebut, menurut penduduk itu.

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti?


Beberapa jam sebelum itu, pengebom meletupkan diri dan mencederakan dua orang berhampiran konsulat AS di Jeddah. Serangan di Jeddah itu merupakan yang pertama dalam beberapa tahun yang mensasarkan warga asing.

Kumpulan militan IS sebelum ini melakukan serangan bom dan tembakan di Arab Saudi, kebanyakan mangsa mereka anggota keselamatan dan penganut Islam beraliran Syiah.

Pengebom Serangan Madinah Dikenal Pasti? Polis dan sukarelawan tempatan meningkatkan tahap keselamatan di beberapa masjid di Qatif selepas serangan bunuh diri mengakibatkan 15 orang terbunuh tahun lalu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...