Wednesday, 13 July 2016

Pemandu Bas Rempuh 10 Buah Kereta Dapat Pujian

Pemandu Bas Rempuh 10 Buah Kereta Dapat Pujian. Pemandu bas yang merempuh 10 kenderaan berhampiran Terowong Menora di Lebuh raya Utara-Selatan pada Ahad, dipuji kerana menyelamatkan nyawa orang lain.

Zakaria Ahmad, pemandu utama bas ekspres itu dipetik akhbar The Star sebagai berkata kemalangan itu mungkin jadi lebih teruk jika rakan pemandunya yang berusia 51 tahun itu tidak menggunakan gear rendah, atau memandu di celah kereta lain.

Pemandu Bas Rempuh 10 Buah Kereta Dapat Pujian. Zakaria berkata brek bas itu rosak dan tindakan menarik brek dalam situasi seperti itu boleh menyebabkan akibat lebih buruk.

“Apa yang dia boleh buat ialah memperlahankan bas dengan menggunakan gear rendah,” katanya kepada wartawan di luar ibu pejabat polis Ipoh semalam.

Zakaria memandu bas itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada Sabtu malam, dan pembantu pemandu berkenaan mengendalikan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, pada Ahad ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang di KM KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan.

Pemandu Bas Rempuh 10 Buah Kereta Dapat Pujian


Beliau yang tidur dalam bas ketika kemalangan itu berlaku berkata kenderaan berkenaan sudah diperiksa sebelum perjalanan dimulakan dan mendapati tiada kerosakan.

Polis mengesahkan lelaki itu, yang kini ditahan reman empat hari, diuji negatif dadah dan brek bas berkenaan memang rosak.

Pemandu Bas Rempuh 10 Buah Kereta Dapat Pujian. Pemandu berkenaan juga dilaporkan mempunyai sembilan saman trafik tertunggak, sementara bas itu ada 63 saman bagi pelbagai kesalahan trafik.



6 comments:

  1. erm..dah eksiden baru tau ada saman yg banyak..?

    ReplyDelete
  2. belambak saman tu apasal tak ambil tindakan
    adakah sebab syarikat besar boleh dibiar sampai begitu bnayak saman
    puji puji jugak ketegasan mesti dijalankan atas kesalahna yang
    telah dilakukan
    nasib baik orang lain tidak jadi korban tapi dah dapat kesusahan
    apa guna keluar saman kalu gagal mencapai matlamat
    satu hari mungkin nyawa orang lain pulak yang jadi korban
    pernah tengok ada pemandu bas memandu dalam kedaan bahaya dilebuh raya
    maklumalah bas besar kepala pemandu pun ada yang jadi besar
    mesti tegas laksanakan hukum denagn pemandu yang engkar arahan lalulintas
    tak kira siapa pun
    masa periksa kenderaan dipuspakom selalunya ok saja tapi bila terjadi
    kemalangan mulalah itu tak kena ini tak kena
    kalau betul ikut aturan banyak kenderaan tak lepas ujian puspakom
    jalankan tugas kerana Allah

    ReplyDelete
  3. Puji lah sangat. Saman yg ada tu sebab pandu pelahan ke?

    ReplyDelete
  4. Haruslah kita puji dengan tindakannya pada saat itu,jika tidak mungkin amat dahsyat akibatnya..tentang saman tertunggak dan lain2 kesalahan tu bolehlah diambil tindakan..tapi janganlah akibat kesalahannya yang lampau tutup kebaikannya yang sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seuju gn pendapat saudara...beliau sememangnya pemandu yg cekap...ambil tindakan kepada syarikat bas bukan pemandu...

      Delete
  5. Jalan di gua tempurung mmg sgt berbahaya, curam,gaung dan bengkang - bengkok..sentiasa saje undang kemalangan..tlg buat jalan baru utk keselamatan kami pls.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...