Saturday, 9 July 2016

Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia

Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia.  Pelakon veteran, Tamam Idris atau nama sebenarnya Bustamam Idris, 77, meninggal dunia di Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), jam 11.40 malam ini. 

Pelakon itu yang kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru meninggal dunia dihadapan isteri, Mariaty Husin dan enam anaknya serta menantu. 

Menantunya yang juga pelakon, Den Wahab berkata bapa mertuanya tenat selepas berlaku pendarahan di dalam perut sejak semalam. 

Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia.  "Bapak mula koma sejak jam 6 petang semalam tetapi ada sedikit perubahan hari ini ketika menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tengah hari tadi.

"Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya serta berterima kasih kepada masyarakat yang tidak putus-putus mendoakannya sejak dia berada di PPUKM pada 22 Jun lalu, katanya yang dihubungi BH Online hari ini. 

Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia


Tamam atau mesra disapa Pak Tamam terkenal dengan drama Seorang Tua Di Kaki Gunung dan drama berunsur persilatan sejak era 80-an. 

Jenazah akan dimandi dan disolatkan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras Kuala Lumpur selepas solat Subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai jam 9 pagi esok.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...