Thursday, 28 July 2016

PAS Kata Negara Koboi Selepas Insiden Tembak Di Setapak

PAS Kata Negara Koboi Selepas Insiden Tembak Di Setapak. PAS mempersoalkan langkah polis membanteras jenayah selepas empat lelaki menembak mati seorang pemandu kereta dekat Jalan Genting Klang di khalayak awam semalam.

“Adakah negara ini sudah menjadi negara koboi di mana jenayah boleh dilakukan di khalayak ramai tanpa bimbang apa-apa tindakan terhadap pelaku?” soal Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini.

PAS Kata Negara Koboi Selepas Insiden Tembak Di Setapak. Dalam kejadian 3.35 petang yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup itu, empat penembak yang tiba dengan dua motorsikal melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu berbangsa India itu.

Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.

Pemuda PAS turut mempersoalkan bagaimana peluru dan senjata api “boleh lolos dengan begitu mudah” ke tangan penjenayah.

PAS Kata Negara Koboi Selepas Insiden Tembak Di Setapak


“Apakah ia berpunca dari kelemahan pengawalan di sempadan negara sehingga mengakibatkan senjata api mudah diseludupi dengan berleluasa?” soalnya.

Mangsa semalam merupakan seorang pengurup wang, dan baru dua minggu membeli kereta setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

“Dia tukar kereta setelah mendapati ada pihak tertentu memantau pergerakannya,” kata rakan mangsa dipetik Bernama.

“Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak mengadu tentang apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,” katanya.

PAS Kata Negara Koboi Selepas Insiden Tembak Di Setapak. Polis tidak menolak insiden itu mungkin ada kaitan dengan penglibatan mangsa dengan kumpulan jenayah.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...