Monday, 25 July 2016

PAS Buat Kejutan Terbesar?

PAS Buat Kejutan Terbesar? PAS menafikan ia membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendedahkan korupsi dan kecurian wang dalam syarikat milik negara 1MDB.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti itu hanya mahu mengingatkan sejarah kuasa besar itu apabila melibatkan negara Islam. “Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam,” soal Idris.

PAS Buat Kejutan Terbesar? “Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya.

Idris menambah PAS berpendirian sama dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

“Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan Jabatan Kehakiman dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat,” katanya.


PAS Buat Kejutan Terbesar?


Dengan pengecualian Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pimpinan tertinggi PAS kebelakangan ini dilihat tidak ke depan dalam isu membabitkan 1MDB.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan membuat desakan supaya Najib meletak jawatan susulan langkah Jabatan Kehakiman AS menyita aset berkait 1MDB bernilai AS$1 bilion.

Sambil berkata ia terpulang kepada Barisan Nasional, beliau turut memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap dana negara itu.

“Kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus, tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Jika ia berlaku, itu silap kita sendiri.

PAS Buat Kejutan Terbesar?


“Kita sendiri yang perlu siasat bukan pihak luar,” katanya dipetik Sinar Harian.

Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi yang terbesar negara itu membabitkan entiti luar.

Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang didapati terbabit dalam konspirasi antarabangsa mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.

Ia turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta dalam penerbitan filem “The Wolf of Wall Street”.

PAS Buat Kejutan Terbesar? Sementara itu, Idris membidas mereka yang memutar belit kenyataan Hadi.

“Tak habis-habis hendak fitnah kepada PAS,” katanya. “Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional. “





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...