Thursday, 14 July 2016

PAS Buat Kejutan Lagi..

PAS Buat Kejutan Lagi. Pas mengamalkan dasar politik matang sekiranya benar-benar mahu melakukan 'gencatan senjata' untuk tidak mahu bermusuh dengan Pakatan Harapan, kata Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir.

Walaupun beliau tidak dimaklumkan mengenai cadangan 'gencatan senjata' yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam, namun bekas menteri penerangan ini, menjelaskan Pas pasti akan menyokong dasar-dasar Pakatan Harapan yang selari dengan perjuangan parti itu.

PAS Buat Kejutan Lagi. "Setahu saya Pas mengamalkan dasar politik matang tidak akan mahu bermusuh dengan Pakatan Harapan ataupun Umno-BN.

"Jika ada pun perkara yang menyokong dasar Pakatan Harapan atau Umno-BN yang baik Pas akan sokong,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Abdul Kadir juga  berkata jika Pas sanggup berdamai dengan Pakatan Harapan dan sedia bekerjasama kembali ia sedikitpun tidak menjejaskan permuakatan yang telah dibentuk antara Pas dan Ikatan pada Mac lalu, yang mengwujudkan blok politik ketiga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

PAS Buat Kejutan Lagi


"Bila sudah jadi blok ketiga bukan bermakna kita bermusuh dengan sesiapa (lain-lain parti).

"Mungkin ada benarnya kekalahan Pakatan Harapan dan Pas dalam dua PRK itu mendorong Pas memikirkan semula hubungan yang pernah terjalin dengan pakatan sebelum ini.

"Bagaimanapun saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini secara terperinci, belum ada lagi apa-apa perbincangan," ujarnya ketika ditanya kemungkinan ia akan menjejaskan permuafakatan yang telah dimeterai bersama sebelum itu.

Semalam dalam satu kenyataan Tuan Ibrahim dipetik berkata, cadangan  gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno-BN.

Tuan Ibrahim dipetik berkata, Pas dan parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

PAS Buat Kejutan Lagi


Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku antara Pas dan Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan sama, semalam Naib Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas cadangan 'gencatan senjata'yang dicadangkan Pas itu, beliau enggan mengulas sama ada kenyataan itu bersandarkan pandangan peribadi Tuan Ibrahim atau pendirian rasmi parti Islam itu.

Ini kerana Salahuddin sebelum ini antara pemimpin awal menyatakan cadangan agar Pas kembali ke meja rundingan untuk bersama Pakatan Harapan yang disertai PKR, Amanah dan DAP bagi berhadapan dengan Umno-BN.

PAS Buat Kejutan Lagi. Bagaimanapun Pas dalam reaksi oleh beberapa pemimpinnya menolak mentah-mentah cadangan itu dengan mendakwa tidak akan berkerjasama dengan DAP dan Amanah yang didakwa mereka sebagai pengkhianat.





1 comment:

  1. HH MP MARANG KENAPA SONYAP AJO... TITM TIM PRESIDEN PAS PARTI BULAN KALAU NAK CAKAP APO APO KONO BINCANG SYURA DULU DENGAN PIMPINANG...JANGAN MAIN TEMBAK AJO....PONING PALO ANAK BUAH DIGRASSROT NEH..BIAR SEKATO BARU SODAP DIDONGAR ???????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...