Wednesday, 20 July 2016

PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya?

PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya? Ketika Timbalan Presiden PAS menyeru parti pembangkang melaksanakan “gencatan serangan” sesama sendiri, pemimpin parti Islam itu akhirnya yang berlaga antara satu sama lain.

Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan pemimpin PAS pusat yang memperli dan membuat andaian terhadap 13 wakil rakyat parti Islam itu di Selangor mempertahankan kerajaan negeri kerana sayangkan jawatan adalah orang yang duduk dalam perigi buta.

PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya? Ini kerana kata Pesuruhjaya PAS Selangor itu, mereka tidak nampak manfaatnya kepada Islam dan rakyat sejak 2008.

“Ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.

“Jawab saya, mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008,” katanya menerusi status di Facebooknya semalam.

PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya?


Kenyataan Iskandar itu dipercayai merujuk kepada dakwaan Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Najhan Abdul Halim yang kesal dengan wakil rakyat parti itu lebih sayangkan jawatan.

“Bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah, kita nampak dengan mata kepala kita sendiri.”

“Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja…sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti,” kata Najhan.


PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya?


Semalam, 13 wakil rakyat PAS menyatakan sokongan terbuka terhadap seruan damai oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap semua parti pembangkang.

Kenyataan itu menuntut sebuah “pakatan pembangkang” bagi mempertahankan kerajaan negeri dengan syarat setiap parti saling menghormati prinsip masing-masing.

PAS Bakal Berpecah Kali Kedua.. Ini Petandanya? Adun PAS Meru, Dr Abdul Rani Osman yang turut menandatangani memorandum itu berkata, tindakan 13 wakil rakyat PAS Selangor menghantar memorandum kepada presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap seruan “gencatan serangan” antara pembangkang menunjukkan mereka serius mempertahankan kerajaan Selangor daripada jatuh ke tangan BN.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...