Saturday, 2 July 2016

Najib Terkedu Dengan Lawak Ini?

Najib Terkedu Dengan Lawak Ini? Perkembangan politik Malaysia turut menjadi bahan jenaka di Singapura. Kali ini pelawak negara itu Fakkah Fuzz menggunakan isu semasa yang hangat diperkatakan di negara ini untuk menghiburkan penontonnya.

Satu klip video memaparkan aksi Fuzz kini tersebar luas di media sosial. Melalui jenaka itu Fuzz bercerita tentang 'perbezaan' penggunaan bahasa orang Melayu Malaysia dan Singapura.

Najib Terkedu Dengan Lawak Ini? "Sebagai contoh, jika Melayu Malaysia mahu mengajak ke sesuatu tempat, mereka berkata: Jom.

"Tapi kalau Melayu Singapura mereka akan berkata: Jom! Jom! Jom!" katanya.

Fuzz kemudian meneruskan jenakanya lagi: "Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri. Jadi ia memang sangat berbeza."

Kenyataan itu disambut dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh daripada penonton.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan di mana persembahan Fuzz itu diadakan.


Najib Terkedu Dengan Lawak Ini? 


Singapura antara negara yang menyiasat isu berkaitan syarikat negara yang sarat hutang 1MDB.

Ia secara langsung dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun pada Februari lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah.

Dana syarikat itu didakwa turut disimpan di salah sebuah bank di negara berkenaan.

Najib Terkedu Dengan Lawak Ini? Menurut keterangan pada Facebook, Fakkah Fuzz pernah membuat persembahan di beberapa negara termasuk Hong Kong, Kemboja dan Malaysia.




Mohon sumbangan




1 comment:

  1. Itu bukan satira tetapi fitnah. Lawak tak salah, fitnah adalah dosa besar.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...