Thursday, 28 July 2016

Malaysian Official 1 Ada Tukang Cuci Najis

Malaysian Official 1 Ada Tukang Cuci Najis. Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report), kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya ‘pertuduhan belum diputuskan’ namun memberikan pandangan prejudis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Malaysian Official 1 Ada Tukang Cuci Najis. “Apabila kita baca (dokumen setebal) 136 muka surat itu, kita mendapati ia bersumberkan kepada Sarawak Report yang mempunyai agenda politik berat terhadap kerajaan, BN dan perdana menteri. Jadi, kemusykilan kita ialah kenapa DoJ tidak menghubungi 1MDB untuk mengesahkannya? Sekurang-kurangnya dapatkan penjelasan di sebelah pihak yang satu lagi.

“Itu saja soalannya. Kenapa anda pergi ke mahkamah dan beritahu seluruh dunia tentang kisah anda sedangkan ia masih belum siap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Unit Perancang Ekonomi (EPU) di sini.

Malaysian Official 1 Ada Tukang Cuci Najis


DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan.

Sementara itu, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas EPU berkata, perdana menteri telah berulang kali menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan dana rakyat tidak terlibat.

“Apa yang berlaku sekarang ia satu tuduhan. Beberapa individu didakwa mengambil atau mencuri duit 1MDB. Itu satu tuduhan DOJ,” katanya sambil mendakwa bahawa DoJ menggunakan peluang tersebut untuk menghentam negara, kerajaan dan perdana menteri.

Malaysian Official 1 Ada Tukang Cuci Najis


Mengenai ada pihak mengaitkan Najib dalam pertuduhan DoJ, Abdul Rahman berkata sekiranya DoJ mempunyai bukti untuk mengheret perdana menteri, nama beliau akan dinamakan dalam dokumen DoJ itu.

“Cuba tunjukkan di mana nama (Datuk Seri) Najib (dinyatakan) … sedangkan beberapa nama lain dinyatakan dalam dokumen itu,” katanya.

Apa rakyat Malaysia nak harapkan di Malaysia? Bukan salah rakyat jika mempercayai siasatan agensi di luar negara kerana semua agensi di sini telah di tekan oleh pemerintah.

Menteri Umno sudah tertekan untuk backup Najib. Mereka ingat standard siasatan luar negara macam standard cacar merba siasatan di Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...