Sunday, 31 July 2016

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar. Datuk Dzulkifli Ahmad yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu mulai 1 Ogos ini, mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram.

Dzulkifli, 48, memulakan kerjayanya sebagai timbalan pendakwa raya (TPR) di Unit Jenayah Perdagangan, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara sejak 7 Jun 1993 hingga Februari 2002.

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar. Beliau yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang juga terlibat dalam kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, serta kes tipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa, kemudian dilantik sebagai TPR Unit Terkelas dari Mac 2002 hingga Februari 2003.

Dzulkifli yang berkahwin dengan Datin Bitizela Mohd Bidin dan mempunyai dua anak seterusnya dilantik sebagai ketua Unit Jenayah Perdagangan, dari 1 November 2010 hinga 14 Januari 2015.

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar

Pada 15 Januari 2015 sehingga 11 Ogos 2015, beliau dilantik sebagai pengarah Pengurusan Kes-kes Jenayah, dan pada 12 Ogos 2015 sehingga kini, beliau memegang jawatan pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.

Beliau yang mempunyai Diploma Syariah dan Amalan Guaman dari universiti sama banyak mengendalikan kes berprofil tinggi, antaranya kes tipu dan pecah amanah melibatkan Lembaga Tabung Haji berjumlah RM200 juta dan kes seorang doktor wanita didakwa terhadap lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram lebih RM41 juta.

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Dzulkifli, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang akan ditempatkan sebagai pakar perunding integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Latar Belakang Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru Terbongkar. Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan pelantikan Dzulkifli.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...