Thursday, 21 July 2016

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB. Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.

Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB."Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.

"Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.

Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB


Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.

Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.

Lagi Negara Luar Rampas Aset Berkaitan Skandal 1MDB. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...