Wednesday, 27 July 2016

Konspirasi Pihak Tertinggi Terbongkar.. Saksikanlah!!

Konspirasi Pihak Tertinggi Terbongkar.. Saksikanlah!! Polis akan menyoal Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkaitan laporannya yang mendakwa wujud konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya di bawah seksyen mana laporan itu sedang disiasat.

Konspirasi Pihak Tertinggi Terbongkar.. Saksikanlah!! "Kita perlu menemubual pengadu terlebih dahulu (sebelum memutuskan mengenai klasifikasinya)," kata Khalid.

"Oleh kerana ia adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan individu terkemuka, kita mesti menentukan apa yang mendorong beliau untuk membuat laporan itu, dan sama ada dia boleh memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Khalid.

Dalam laporan polis yang difailkan semalam, Khairul Azwan menamakan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Konspirasi Pihak Tertinggi Terbongkar.. Saksikanlah!!


Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), tanpa kebenaran.

Dia juga mendakwa bahawa beberapa dokumen yang dikemukakan, telah dipalsukan dan maklumat yang diputarbelit untuk mencapai agenda mereka.

Konspirasi Pihak Tertinggi Terbongkar.. Saksikanlah!! Laporan itu dibuat berikutan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil berhubung dakwaan salahguna dana 1MDB.

Bank Negara dan SPRM, bersama dengan pihak polis, adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB dan isu derma politik RM2.6 bilion.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...