Monday, 4 July 2016

Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng?

Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng? Seorang pemimpin MIC mempersoalkan mengapa Timbalan Ketua Menteri II membisu di kala atasannya berdepan dakwaan rasuah.

Bendahari Agung MIC S Vell Paari berkata kebisuan Ramasamy mengejutkan dan menunjukkan hipokrasi di pihak Lim Guan Eng dan ahli-ahli DAP.

Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng? “Jika P. Ramasamy betul mahu berjuang untuk rakyat Pulau Pinang, beliau harus mendesak Ketua Menteri untuk mengambil cuti sehingga kes ini selesai untuk menjaga kesucian dan integriti pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan.

Vell Paari berkata sebelum ini Ramasamy sangat lantang bersuara mengenai kes-kes rasuah melibatkan pimpinan BN, tetapi tidak begitu lantang apabila kes itu membabitkan atasannya.

“Jika benar DAP mengamalkan kesamarataan kaum dalam parti dimana semua diberi peluang yang sama, DAP wajar melantik P. Ramasamy memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Ini juga akan membuktikan bahawa DAP menghargai sumbangan kaum India di Pulau Pinang dan Malaysia secara amnya,” kata Vell Paari.

Menjawab kenyataan itu, Ramasamy berkata dia menyatakan sokongan kepada Guan Eng sejurus pendakwaaan.


Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng? 


Ramasamy menasihatkan Vell Paari supaya semak laporan media terlebih dahulu sebelum membuka mulut.

“Saya tak fikir dia baca kenyataan-kenyataan saya. Saya pertahan Guan Eng secara terbuka kerana pendakwaan terhadapnya bersifat politik dan tidak berasas.

“Vell Paari perlu semak komen-komen saya sebelum mengatakan saya tak lantang.

“Tiada peruntukan dalam undang-undang menuntut Guan Eng mengambil cuti. Kami percaya beliau tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Saya percaya Guan Eng akan dibebaskan,” katanya.

Ramasamy menambah MIC turut terpalit skandal rasuah tetapi tidak pula ahli-ahli parti itu menuntut bapa Vell Paari, S Samy Vellu berundur.

“Saya ingin bertanyakan kepada Vell Paari, bapanya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu dituduh merampas saham Maika Holdings, laporan dibuat terhadapnya.

“Mengapa bapanya tidak bercuti?

“Saya ingin nasihatkan Vell Paari supaya betulkan rumah sendiri sebelum mengata orang lain,” kata Ramasamy.


Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng? 


Beliau menambah MIC dibelit krisis kepimpinan akibat daripada terputusnya hubungan antara parti itu dengan masyarakat India.

“Bukan itu sahaja, antara lain terdapat juga dakwaan dana kerajaan diseleweng MIC, yang sepatutnya digunakan untuk mengangkat nasib orang India,” katanya.

“Terima kasih atas nasihat kamu Vell Paari, tapi kita tak perlukannya. Mungkin kamu perlu nasihatkan parti sendiri?”

Kenapa Timbalan Ketua Menteri II Membisu Isu Penahanan Lim Guan Eng?  Berkenaan cadangan dirinya memangku jawatan Ketua Menteri sekiranya Guan Eng bercuti, Ramasamy berkata: “Guan Eng tidak akan bercuti atau meletak jawatan, jadi perkara itu tidak berbangkit.




Mohon sumbangan




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...