Tuesday, 19 July 2016

Kejutan Dari Istana Johor

Kejutan Dari Istana Johor. Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat salah laku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat dakwaan itu dalam satu catatan di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini yang memaparkan gambarnya memegang sebentuk pendrive.

Kejutan Dari Istana Johor. Berdasarkan catatan itu, pendedahan ini dipercayai menjawab kritikan orang ramai terhadap pemain yang bersara daripada pasukan kebangsaan baru-baru ini.

TMJ menyifatkan golongan pengkritik itu sebagai golongan yang “mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam FAM”.

“Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek,” tegas TMJ.

Sebelum ini, bekas bintang bolasepak kebangsaan, Khalid Ali ketika dihubungi FMT membidas tindakan beberapa pemain JDT meninggalkan skuad kebangsaan sebagai perbuatan yang tidak patriotik.

Bukan sahaja mereka tidak mempunyai semangat cintakan negara, malah mereka disifatkan Khalid sebagai lebih teruk daripada pemain kampung.

Kejutan Dari Istana Johor


“Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’,” jawab TMJ.

TMJ mengingatkan pengkritik duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja, “bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik”.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” kata TMJ.

Baginda bagaimanapun tidak memperincikan peringatannya dengan lebih lanjut, cuma meminta “sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan”.

Pendedahan TMJ ini mendapat respon hebat daripada warga Facebook.

“Apa kata TMJ dedahkan apa dalam pendrive itu. Nanti orang kata TMJ cuma sembang kosong,” kata seorang pengguna, Khairul Amri.

Kejutan Dari Istana Johor


Pandangan Khairul itu dijawab Faddely Yusof yang berkata tindakan tidak mendedahkan maklumat ini terlebih dahulu menunjukkan kecerdikan di pihak TMJ.

“Dia nak orang yang ada dalam FAM letak jawatan dulu. Dia masih hormat lagi. Silap hari bulan kalau TMJ dedahkan ada yang kena tangkap sebab pecah amanah, seleweng duit, salahguna kuasa.”

“Aku sangat hairan dah berkali-kali TMJ dan orang ramai mengatakan tentang korupsi di FAM. Kenapa SPRM tak siasat-siasat pun sehingga sekarang?” kata Zulfikar Cucu Al-sagoff.

Kejutan Dari Istana Johor. Nor Hisham Othman menjawab: “Kalau di Malaysia ini bukan isi pendrive itu yang akan disoal siasat tapi siapa yang serahkan isi dlm pendrive tu yang akan di dakwa dan di hukum!”





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...