Saturday, 16 July 2016

Insiden Di Nice Perancis, Angka Korban Meningkat 84 Orang

Insiden Di Nice Perancis, Angka Korban Meningkat 84 Orang. Angka terkini insiden rempuhan trak ketika pertunjukan bunga api sempena Hari Bastille di sini malam tadi meningkat sekurang-kurangnya 84 orang, tragedi yang disifatkan Presiden Perancis, Francois Hollande sebagai serangan pengganas. 

Polis menembak mati pemandu berkenaan selepas suspek memecut trak sejauh dua kilometer sepanjang pantai peranginan popular yang sesak dengan pengunjung yang meraikan hari kebangsaan Perancis itu. 

Insiden Di Nice Perancis, Angka Korban Meningkat 84 Orang. Menurut sumber, mayat mangsa bergelimpangan di pantai Promenade des Anglais, French Riviera manakala ratusan lagi bertempiaran lari menyelamatkan diri. 

Pihak berkuasa berkata, dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam trak 19 tan itu milik seorang lelaki warga Perancis-Tunisia berusia 31 tahun. 

Suspek juga didakwa melepaskan beberapa das tembakan sebelum ditembak mati oleh polis. "Tidak dapat dinafikan, ia adalah serangan pengganas," kata Hollande ketika membuat kenyataan umum di televisyen. 

Insiden Di Nice Perancis, Angka Korban Meningkat 84 Orang


Beliau turut mengesahkan beberapa kanak-kanak juga terkorban dalam tragedi itu. "Perancis diserang pada hari kemerdekaannya, hari yang melambangkan kebebasan," kata Hollande. 

Insiden Di Nice Perancis, Angka Korban Meningkat 84 Orang. Sementara itu, jurucakap Menteri Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet berkata, 84 orang terbunuh dan ramai lagi cedera termasuk 18 dalam keadaan kritikal. - AFP





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...