Thursday, 21 July 2016

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika..

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika. Harapan untuk melihat 'gencatan senjata' di kalangan pembangkang mungkin berkecai jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mahu mengadakan pilihan raya mengejut negeri berkenaan, kata penganalisis.

"Jika mereka mengadakan pilihanraya mengejut tanpa memulihkan hubungan dengan PAS, ia akan mengeruhkan hubungan dengan pemimpin PAS yang kian cenderung untuk kembali kepada pakatan pembangkang," kata Profesor Faisal Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia, kepada Malaysiakini.

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan peribadi buat parti-parti pembangkang untuk mengetepikan perbezaan dan menentang musuh sebenar iaitu BN.

Walaupun tiada langkah konkrit ke arah ini, Ketua Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata, pilihan raya mengejut akan menjurus kepada pembangkang terpaksa melakukan 'gencatan senjata' sesama mereka.

Bagaimanapun, ujar beliau berkata, strategi berkenaan boleh hancur semasa sesi perundingan pembahagian kerusi.

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika


"Kita perlu ingat di Pulau Pinang, PAS memainkan peranan yang agak besar dan Parti Amanah Negara (AMANAH) belum sekuat PAS lagi, dinamik yang penting.

"Rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan AMANAH bukan sesuatu yang mudah...dan berkemungkinan mengakibatkan 'gencatan senjata' tidak berlaku," tambahnya.

Faisal berkata, akibat daripada keadaan tersebut akan melangkaui pilihan raya negeri Pulau Pinang.

"Jika keadaan seperti ini berlaku, semasa pilihan raya umum akan datang , adalah sukar untuk mengadakan perikatan pembangkang.'

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika


Kedua-dua penganalisis, bagaimanapun, sependapat pembangkang masih boleh menang di Pulau Pinang.

Genjatan Senjata Pembangkang Berkecai Jika. Sementara itu, Wan Saiful menambah, cadangan mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan sokongan terhadap Lim adalah strategi yang salah kerana ia tidak akan menghentikan prosiding rasuah terhadap ketua menteri itu.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...