Tuesday, 12 July 2016

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan?

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan? Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan berikutan pertuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan tidak wajar dan pembaziran wang rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, kes dihadapi Guan Eng hanya melibatkan dakwaan salah laku ketua menteri itu sendiri, bukannya kerajaan negeri.

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan? “Adalah tidak wajar berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk mengadakan referendum hanya kerana Lim tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan ketua menteri walaupun sedang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Kenapa Lim dan kerajaan negeri perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapi Lim sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan sistem kehakiman dan mahkamah negara untuk beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah?” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Zainal Abidin berkata demikian berikutan laporan di media sosial kerajaan DAP Pulau Pinang sedang mempertimbang cadangan membubarkan DUN ekoran tuduhan rasuah terhadap ketua menteri.

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan?


Zainal Abidin turut menyifatkan cadangan itu sebagai muslihat politik DAP dan Pakatan Harapan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kes rasuah itu.

“Pembubaran DUN lebih awal biasanya dilakukan oleh seorang ketua menteri yang sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap dirinya.

“Apakah ada kemungkinan Lim merasakan yang beliau sudah hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN daripada Pakatan dan perlu membubarkan DUN?,” katanya.

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan?


Jelasnya, pilihan raya negeri atau referendum bukanlah penentu keputusan Guan Eng bersalah atau tidak, sebaliknya ia hanya akan diputuskan melalui perbicaraan di mahkamah.

Pada 30 Jun lepas, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

DUN Pulau Pinang Bakal Dibubarkan? Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama lapor Bernama.



4 comments:

  1. Hmmm.. tunggu dan lihat jela.. huhu

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat UMNO/BN takut jika DUN dibubarkan dan PRN diadakan sudah pasti pengundi cina pulau pinang akan menjunamkan BN kali ketika dan maruah dan harga diri BN akan tesepuk ketanah kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. KIH..KIH..KIH Pandai pulak dia kata membazir duit RAKYAT.....yg mentadarah DUIT RAKYAT BERBILLION apa cite???????????

    ReplyDelete
  4. Bn kan banyak duit..apa nak takut...goyang la tew

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...