Monday, 18 July 2016

Cerita Disebalik Kejuaraan Khairul Idham Pawi

Cerita Disebalik Kejuaraan Khairul Idham Pawi. Biarpun bergelut pada sesi kelayakan semalam dan bermula dari petak ke-20, Khairul Idham Pawi mempamer aksi menakjubkan apabila menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring, sebentar tadi.

Ini adalah kejuaraan kedua buat penunggang pasukan Honda Team Asia berusia 17 tahun itu selepas melakar kemenangan pertama dalam Grand Prix Argentina, April lalu.

Terkenal dengan jolokan Super KIP, pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu mengetepikan cabaran penunggang Leopard Racing dari Itali, Andrea Locatelli, manakala Enea Bastianini dari pasukan Gresini di tempat ketiga.

Cerita Disebalik Kejuaraan Khairul Idham Pawi. “Saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tetapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak drama saya alami dan saya terselamat daripada terjatuh.

“Untuk semua orang yang menyokong saya, keluarga saya dan rakan saya, harap anda semua menikmatinya,” kata Khairul Idham Pawi sejurus tamat perlumbaan.

Cerita Disebalik Kejuaraan Khairul Idham Pawi


Pada perlumbaan 27 pusingan itu, Khairul Idham Pawi  terpaksa beraksi di atas litar basah Sachsenring akibat hujan yang turun sebelum mencatat kejayaan itu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...