Wednesday, 13 July 2016

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif. Bukan mudah untuk menyusup masuk ke zon larangan lebih-lebih lagi ke dalam kawasan yang diisytiharkan tercemar dengan bahan nuklear yang tinggi.

Tetapi bagi Keow Wee Loong atau popular dengan gelaran Kiwi, dia mencabar dirinya masuk ke bandar Fukushima di Jepun semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia kewujudan satu bandar yang tercemar dengan bahan radiasi.

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif. Fukushima dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011. Lebih membinasakan bandar itu ialah pencemaran nuklear akibat kerosakan dan pelepasan bahan radioaktif di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, kesan daripada bencana itu.

Laporan menyatakan kadar sesium radioaktif di kawasan utara Jepun yang terletak 30 hingga 50 km dari loji itu cukup tinggi sehingga membimbangkan orang ramai. Susulan itu, Fukushima dikosongkan segera dengan segala-galanya, harta dan tanaman ditinggalkan kerana tercemar bahan radioaktif.

Bercakap kepada FMT, Kiwi yang juga jurugambar sambilan berkata dia menghabiskan masa 13 jam di bandar radiasi itu ketika berada di Tokyo selama sebulan baru-baru ini.

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif


Katanya, masih kuat bau kimia di bandar itu sehingga matanya terasa pedih.

Antara barangan yang ditemui ialah alat permainan video PS2 yang masih dalam kotak, koleksi cakera padat edisi terhad di kedai, majalah bertarikh Mac 2011, barangan kemas, kereta, barangan di pasar raya, pakaian di kedai dobi serta mesin sarat dengan wang.

“Saya memilih untuk ke sana (Fukushima) kerana mahu merakam lebih banyak gambar pasca bencana. Sebagai jurugambar, kita menyumbang kepada masyarakat dengan berkongsi apa saja yang dapat dirakam, serta merapatkan jarak,” katanya.

Dia memuat naik 30 gambar di akaun Facebook dengan statusnya bercerita mengenai bagaimana dia menyusup masuk ke bandar itu.

“Saya perlu tunggu tiga hingga empat minggu bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk memasuki zon merah. Terlalu banyak birokrasi. Jadi saya menyusup masuk menggunakan jalan hutan untuk elak polis,” tulisnya di Facebook.

“Bagaimana rasanya berjalan sendirian di sebuah bandar dengan setiap kedai penuh barangan dan boleh diakses?

“Kadar radiasi di kawasan zon merah masih tinggi dan tiada manusia ditemui di sini sejak lima tahun lalu,” katanya menerusi kapsyen gambar yang diambil sepanjang berada di bandar ‘hantu’ itu.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Kiwi, 26, buat ‘kerja gila’ dan bahaya kerana pada 2014 dia pernah dihukum kerana melakukan aksi ala ‘spiderman’ dengan memanjat bangunan 1 Sentrum, KL Sentral setinggi 32 tingkat dengan menceroboh bangunan itu.

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif


Tindakan beraninya melawat Fukushima kali ini turut menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggap perbuatannya itu boleh memudaratkan dirinya dan orang lain khususnya selepas dia kembali ke Malaysia.

Dalam satu posting hari ini, Kiwi memberitahu dia hanya berada di kawasan itu sehari dan kesihatannya baik.

“Sudah periksa, tiada apa yang teruk (kesihatan). Sama seperti merokok dan makan makanan tidak sihat. Saya hanya ke sana sehari, bukan setiap hari. Ia seperti seseorang mengambil dadah sekali dan berhenti,” katanya.

Kiwi berkata dia sepatutnya mendapatkan sut perlindungan tetapi terpaksa melupakan hasrat itu selepas kehilangan wang di Tokyo.

“Saya hilang duit di Tokyo. Saya tiada duit untuk apa-apa pun,” katanya kepada FMT.

Cerita Di Sebalik Kota Larangan Fukushima Yang Dicemari Radioaktif. “Anda tidak akan mati jika saya sentuh. Ia sama dengan mereka yang menerima rawatan radioterapi, anda tidak akan mati atau terkesan dengan menyentuh mereka.

“Saya juga tidak menghasilkan radiasi kadar tinggi seperti loji jana kuasa yang boleh mengancam kesihatan secara langsung,” katanya membalas kecaman orang ramai terhadap kesan kesihatannya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...