Thursday, 28 July 2016

Berita Mengejutkan Netizen.. Saksikanlah

Berita Mengejutkan Netizen.. Saksikanlah. Ketika seluruh negara digegar dengan skandal kehilangan wang negara berbillion ringgit dan suasana rakyat bawahan semakin terdesak dari segi sara hidup, komuniti siber dikejutkan dengan berita wakil rakyat dan jawatankuasa pengurusan tanah Kelantan bermesyuarat di Krabi, Thailand.

Penulis terkenal, Mohd. Sayuti Omar menulis di status facebooknya, "hormat semua, pagi ini dapat khabar satu rombongan terdiri daripada kesemua wakil rakyat Pas, para penyelia Dun bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah seluruh Kelantan bersama dua orang Exco bertolak ke Krabi Thailand," merujuk kepada berita ini.

Berita Mengejutkan Netizen.. Saksikanlah. Beliau yang melahirkan rasa terkejut, bertanya, "Apakah untuk bermesyuarat menyelesaikan masalah rakyat atau makan angin?

Kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakub katanya menganjurkan penjimatan wang rakyat, tetapi masih ada rombongan besar ke luar negeri.



"Itu memakan belanja bukan sedikit," katanya.

Beliau terus menyoal, kalau setakat nak bermesyuarat kenapa harus ke negara orang, tidak bolehkah diadakan di negeri sendiri.

"Apakah tak ada dewan besar untuk memuatkan anggota mesyuarat itu," katanya.

Berita Mengejutkan Netizen.. Saksikanlah


Beliau seterusnya merayu pemerintah Kelantan "supaya tolonglah kawal nafsu sikit ingatkan kepada kesusahan rakyat".

Kalau ada duit lebih katanya, lebih baik digunakan untuk dibelanjakan beli lori sampah yang kini jelas diperlukan rakyat.











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...