Friday, 29 July 2016

Berita Mengejutkan Dari SPRM

Berita Mengejutkan Dari SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

Berita Mengejutkan Dari SPRM. Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.Mustafar, sementara itu, dipercayai ditawarkan jawatan baru sebagai ketua pengarah agensi persekutuan.

Berita Mengejutkan Dari SPRM


Pada kira-kira 2.45 petang Mustafar dilihat meninggalkan bangunan SPRM.Beliau sebelum ini dilaporkan memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa jam 3 petang.









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...