Thursday, 21 July 2016

Bantah Konsert Selena Gomez

Bantah Konsert Selena Gomez. Pertama sekali, syabas diucapkan kepada Pemuda PAS kerana terus lantang memperjuangkan yang hak dan menentang kebatilan. Ini dapat kita lihat pada kesungguhan Pemuda PAS membantah konsert seorang artis barat, Selena Gomez yang bakal diadakan dalam bulan Syawal yang mulia ini.

Pihak berkuasa mungkin membenarkan konsert ini berlangsung atas alasan penganjur mematuhi garis panduan yang ditetapkan. 

Kemungkinan besar juga mereka akan guna alasan yang Selena Gomez akan berpakaian sopan dan tidak mencolok mata sepanjang persembahan. Alasan ini memang tidak masuk akal.

Bantah Konsert Selena Gomez. Tidakkah pihak berwajib sedar meskipun Selena Gomez tidak memakai pakaian yang mendedahkan lurah-lurah, dia tetap nampak seksi dan menggiurkan. 

Malah jika Selena Gomez berselendang, dia tetap juga kelihatan seksi. Sedih mengenangkan keseksian Selena Gomez menjadi hidangan mata ketika bulan Syawal sedangkan Syawal merupakan bulan yang umat Islam raikan kemenangannya lawan hawa nafsu.

Oleh demikian, sekadar mematuhi etika berpakaian tidak memadai. Konsert ini secara keseluruhannya perlu dihentikan agar keseksian Selena Gomez itu tidak dinikmati orang lain melainkan suaminya yang sah. Kerana pasti nafsu rakyat Selangor yang dididik madrasah Ramadan akan tercalar dengan rasa terangsang melihat kelibat Selena Gomez.

Bantah Konsert Selena Gomez


Kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengatakan ‘Seksi itu ciptaan Tuhan dan tidak perlulah teruja’ jelas tidak beradab dan mempersendakan pembela hak seperti Pemuda PAS. ADUN PAS seharusnya bersikap keras terhadap menteri besar sebegini.

Disarankan semua Adun PAS di Selangor meletakkan jawatan sebagai protes dan berlepas diri daripada pemerintahan yang cintai maksiat. Saya yakin Adun PAS Selangor yang sudah pasti melepasi semua marhalah tarbiyyah cukup mantap jiwa mereka untuk berani meninggalkan jawatan dan dunia demi melawan hub al-dunya dan ittiba’ al-hawa yang diamalkan menteri besar Selangor.

Pesan baginda Rasul:

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab; “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati.” (HR Abu Daud)

Bantah Konsert Selena Gomez


Pemimpin PAS Selangor akan jadi teladan PAS seluruh negara, sebagai simbol para pejuang yang bersedia untuk berjihad menentang kebatilan dan bukannya terlalu cinta dunia, jawatan dan kedudukan.

Saya berharap PAS akan terus istiqamah menentang kebatilan demi kebatilan yang muncul dari segenap sudut. Selepas pawagam dan konsert, PAS boleh bergerak terus untuk mengharamkan televisyen yang penuh dengan kemaksiatan terutamanya pada bulan Syawal.

Bantah Konsert Selena Gomez. Selain itu, turut mengenakan denda dan hukuman kepada mereka yang bertandang ke rumah sanak saudara ketika berhari raya dengan pakaian seksi seperti kebaya dan yang ‘semaksiat’ dengannya.

Beristiqamah sehingga kemenangan!



Ahmad Razali Jundullah ialah pembaca FMT



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...