Friday, 15 July 2016

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala. Kebanyakan pakar ekonomi hanya “menggaru kepala” berikutan pengumuman gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim mengurangkan kadar faedah baru-baru ini, lapor Bloomberg.

Kaji selidik Bloomberg mendapati kesemua 18 penganalisis ekonomi kecuali satu terkejut dengan keputusan itu, yang dilihat nyata satu perubahan daripada dasar yang diamalkan bekas gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala. Mereka menyangka BNM akan memberikan isyarat jelas sebelum apa-apa langkah mengubah kadar faedah, seperti amalan sebelum ini.

Bank pusat itu membuat kejutan Rabu lalu apabila menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) selama dua hari.

Kali terakhir kadar diturunkan adalah pada 2009 dan pelarasan terakhir dibuat pada Julai 2014.

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala

Ibrahim memberitahu Bernama, langkah itu berasaskan beberapa perkara termasuk inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan, iaitu pada 2-3% tahun ini berbanding 2.5-3.5%, dan dijangka terus stabil pada 2017.

OPR yang ditetapkan BNM digunakan untuk arah dasar kewangan, dan merupakan rujukan utama dalam penentuan kadar faedah pasaran yang lain. Ia berperanan sebagai alat isyarat mempamerkan teras dasar kewangan, dan sebagai kadar sasaran operasi mudah tunai harian bank pusat.

Langkah gabenor baharu itu disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala


“Kami menjangkakan gabenor baharu bank pusat itu mahu mengelak daripada menimbulkan persoalan pelabur sama ada pimpinan baharu ini bersifat lembut daripada gabenor seblumnya,” kata Michael Wan, ahli ekonomi di Credit Suisse Group AG.

Ibrahim dilantik gabenor menggantikan Zeti pada April 27.

Bank Negara Malaysia Buat Pakar Ekonomi Menggaru Kepala. Lulusan Universiti Harvard itu menyertai BNM pada 1984 dan pernah berkhidmat dalam bidang kawal selia bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir dan pasaran kewangan, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2010.



1 comment:

  1. Jika KADAR BUNGA TURUN DAPAT naik kan ekonomi dan pinjaman di jangka panjang , ia mampu menstabil kan juga menaik kan ekonomi negara melalui PERBELANJAAN DOMESTIK

    Tapi jika pinjaman meningkat tapi kadar bayar balik hutang gagal ber tambah di jangka panjang , ia nya akan memburuk kan ekonomi hingga recession juga

    Negara boleh bangkrap sekalipun kerana kadar hutang isi rumah pada 86% KDNK , kalau tak silap

    Tak banyak tinggal tuk bayar hutang dan bunga bunga hutang di jangka panjang

    Negara mampu jadi GREECE ASIA pada bulan July 2017 nanti

    Tunggu dan Lihat Saja lah

    Selagi tiada Pelabur Luar masok ke negara , selagi itu jadi papa miskin kedana

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...