Wednesday, 20 July 2016

1MDB Bakal Cipta Sejarah Dunia

1MDB Bakal Cipta Sejarah Dunia. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor dijangka menyita aset yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Skala sitaan akan menjadi yang terbesar dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu, lapor The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Memetik sumber, WSJ melaporkan, inisiatif bahagian aset Jabatan Keadilan AS dijangka memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset itu pada Rabu pagi (waktu tempatan).

1MDB Bakal Cipta Sejarah Dunia. Akhbar kewangan antarabangsa itu melaporkan sitaan akan melibatkan harta tanah dan aset lain yang dibeli dengan “wang yang didakwa disalah guna daripada dana Malaysia”.

1MDB Bakal Cipta Sejarah Dunia


Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan ini dan sedang cuba mendapatkan reaksi 1MDB.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...