Thursday, 9 June 2016

Undi PAS Di PRK Sungai Besar Dapat Pahala

Undi PAS Di PRK Sungai Besar Dapat Pahala. Semua pengundi di PRK Sungai Besar akan mendapat pahala jika mengundi calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Ketua Penerangan PAS Sungai Besar Salahudin Baharum berkata sekiranya calon parti Islam itu menang, beliau akan membantu melaksanakan hukum Allah di Parlimen kelak.

Undi PAS Di PRK Sungai Besar Dapat Pahala. Salahudin berkata demikian sebagai merujuk kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

“Mengundi calon kita maka meningkatkan Mahkamah Syariah itu sendiri.

“Kita sebagai orang Islam, bila Tuan Guru Hadi Awang bentang, sekiranya kita mendapat kemenangan, semua kita akan dapat pahala.


Undi PAS Di PRK Sungai Besar Dapat Pahala


“Undang-undang ini untuk orang Islam saja. Tidak ada kena-mengena dengan DAP dan lain-lain,” katanya ketika berucap di ceramah PAS di Parit 16, di situ malam tadi.

Ceramah yang bermula pada jam 11 malam itu tidak dihadiri pemimpin PAS Pusat dan calon, sebaliknya hanya dihadiri pemimpin PAS tempatan.

Sebaliknya, kekosongan pemimpin PAS Pusat itu diisi dengan kehadiran pimpinan tertinggi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) termasuk presidennya, Tan Sri Sheikh Kadir Fadzir.

Undi PAS Di PRK Sungai Besar Dapat Pahala. Kira-kira 40 penyokong hadir mendengar amanat yang disampaikan Sheikh Kadir.

Sebelum ini, Hadi di Bagan Sungai Besar menjelaskan kepada pengundi Cina dan India agar tidak khuatir dengan Akta 355, kerana ia tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.



2 comments:

  1. Kalau begitu lah sifirnya maka undi bn lebih patut dapat pahala kerena bn beri laluan utk dibentangkan ruu tersebut.dan pling byk pahala dato azalina krn mencadangkan didahulukan privet bil dari marang.

    ReplyDelete
  2. Tak de hal aku nak undo PAS...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...