Saturday, 25 June 2016

Umno Pecat Muhyiddin Dan Muhkriz

Umno Pecat Muhyiddin Dan Muhkriz. Timbalan Presiden Umno yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat berkuat kuasa serta-merta.

Dua pemimpin kumpulan pemberontak parti itu, yang secara terang-terangan mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1MDB, dipecat selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno mendapati mereka telah melanggar displin parti.


Umno Pecat Muhyiddin Dan Muhkriz. Dalam sidang media hari ini, Najib menjelaskan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz berkongsi pentas dengan pimpinan pembangkang dan serangan bertali-arus mereka terhadap Umno membawa kepada pemecatan itu.

“Kerana tindakan mereka itu, MT mengambil keputusan untuk memecat mereka berdua,” kata Najib, yang juga Perdana Menteri.


Umno Pecat Muhyiddin Dan Muhkriz


Seorang lagi pemimpin pemberontak, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sehingga jawatankuasa displin terima laporan siasatan terhadapnya.

Keputusan MT untuk memecat kedua pemimpin itu telah dijangka, terutamanya Muhyiddin, yang digantung sebagai timbalan presiden awal tahun ini.

Pimpinan Umno, terutamanya Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli MT, Datuk Seri Nazri Aziz mendesak kepimpinan parti supaya mengambil tindakan terhadap Muhyiddin kerana menjejaskan pentadbiran Najib.

Tahun lalu, Najib dalam penyusunan semula Jemaah Menteri menggugurkan Muhyiddin dan Shafie sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Pada Februari tahun ini, Mukhriz melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah selepas gagal meraih sokongan majoriti daripada para Adun.

Umno Pecat Muhyiddin Dan Muhkriz. Mukhriz, yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa dia ditekan supaya berundur ekoran kritikannya berhubung kontroversi 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...