Friday, 3 June 2016

Ulama PAS Mohon Maaf Pada Rakyat Sarawak

Ulama PAS Mohon Maaf Pada Rakyat Sarawak. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed membuat permohonan maaf kepada rakyat dan perwakilan PAS Sarawak jika ucapannya sebelum ini mengguris hati rakyat di Bumi Kenyalang itu.

Malah, katanya beliau tidak bermaksud untuk menuduh masyarakat Islam di Sarawak sebagai jalil dan tidak mengamalkan Islam yang sebenar.

Ulama PAS Mohon Maaf Pada Rakyat Sarawak. Mahfodz berkata kenyataan beliau itu sebenarnya merujuk kepada orang Sarawak yang masih belum memahami politik Islam dibawa PAS sehingga gagal menarik hati pengundi pada PRN Sarawak lepas.

“Kepada perwakilan PAS Sarawak dengan rendah diri saya mohon ampun dan maaf sekiranya kenyataan saya mengenai Islam di Sarawak mengguris hati.

“Apa yang saya nyatakan adalah antara faktor PAS belum menang di Sarawak kerana (rakyat di Sarawak) ramai di sana tak faham politik Islam (yang dibawa PAS), bukannya mereka (rakyat Sarawak) tidak menghayati ajaran Islam (jahil),” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 62 di Putik, di sini hari ini.

Ulama PAS Mohon Maaf Pada Rakyat Sarawak


Mahfodz ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Tok Bali, Kelantan pada Selasa berkata parti pemerintah di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan ‘pemahaman penjajah’ terhadap Islam sehingga rakyat Sarawak tidak faham Islam (jahil agama).

Mahfodz pada masa sama berkata PAS sedia untuk turun berdakwah ke Sarawak bagi menjelaskan kepada masyarakat di sana makna sebenar perjuangan Islam yang dibawa parti itu bagi menambat kembali sokongan rakyat di sana.

Ulama PAS Mohon Maaf Pada Rakyat Sarawak. “Kalau benar rakyat Sarawak belum faham ‘harakah islamiah’ (gerakan Islam PAS) insya-Allah dewan ulama akan bincang, AJK akan turun di Sarawak bagi jelaskan politik Islam, kita gilir-gilir turun. Memang tugas ulama untuk berdakwah. Insya-Allah bila dah sampai Sarawak akan pergi Sabah,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...