Tuesday, 21 June 2016

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi. Tidak adil untuk menuduh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang yang hipokrit.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata sesetengah pihak menuduh TMJ kononnya berfikiran terbuka tetapi bersembunyi di sebalik undang-undang untuk menghukum pengkritiknya.

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi. “TMJ tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi sistem, undang-undang dan sikap kerajaan yang perlu diteliti,” katanya yang menulis di The Star Online.

Wan Saiful berkata, terdapat isu besar yang dapat diperhatikan apabila insiden seperti ini berlaku.

“Pihak berkuasa dilihat terlalu fanatik untuk bertindak dan melaksanakan kes di mana kepentingan awam tidak jelas.

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi


“Dengan menghukum orang muda seperti Muhammad Amirul, kerajaan secara tidak langsung memaksa rakyat untuk berdiam diri apabila ada yang mempersoalkan sama ada rakyat memerlukan sistem monarki lagi atau tidak,” katanya.

Bukan itu saja, terdapat juga isu bagaimana pihak berkuasa untuk mengawal kerabat diraja yang bekerja di luar kebiasaan dan bukan tugas biasa mereka.

“Sebagai pemilik kelab Darul Ta’zim (JDT) Johor, TMJ melakukan kerja yang luar biasa untuk bola sepak Johor.

“Jika orang ramai boleh mengkritik apa pun yang mereka mahu tentang pegawai kelab bola sepak lain, adakah pemilik JDT dilayan dengan cara berbeza. Adakah kita mengatakan terdapat perbezaan kelas untuk pegawai persatuan?” soalnya.

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi


Katanya, dalam kes seperti ini masih ramai yang tidak jelas bila campur tangan diraja diperlukan dan bila ia tidak diperlukan.

Wan Saiful berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan pihak berkuasa yang menjatuhkan hukuman penjara setahun untuk setiap 14 pertuduhan menghina TMJ terhadap Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri.

Tunku Mahkota Johor Dibela Lagi. Amirul, 19, dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen bersifat jelik terhadap TMJ menerusi laman sosial Facebook.


Mohon sumbangan..





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...