Friday, 17 June 2016

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan?

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan? Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak ada kena mengena dengan isu beberapa individu yang ditangkap polis kerana menghina nama baiknya.

Kata Tunku Ismail isu kritikan bukan asing kepadanya kerana ia berlaku sejak 2013 lagi, iaitu ketika beliau mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan? Berkenaan beberapa individu yang ditangkap kerana menghina nama baiknya Tunku Ismail berkata mereka itu "tidak pernah dikacau" olehnya.

Sebaliknya kata Tunku Ismail aduan kepada polis dibuat oleh rakyat Johor yang masih "sayangkan institusi diraja".

"Terdapat pihak cuba memutarbelitkan fakta mengatakan mereka mengkritik dan bukannya menghina. Ada juga segelintir yang memutarbelitkan fakta bahawa saya yang menitahkan untuk membuat tangkapan ke atas individu-individu ini.

"Hakikatnya, report polis dibuat oleh rakyat Johor yang masih sayangi intitusi diraja.

"Jadi soalan saya kepada individu-individu tersebut, apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya?" kata pewaris takha Sultan Johor itu dalam kenyataan petang hari ini.

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan?


Sebelum ini beberapa individu ditahan kerana didakwa membuat kenyataan menghina putera sultan Johor itu melalui tulisan di media sosial.

Ia termasuk seorang remaja Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19, yang dihukuman penjara 12 bulan selepas didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung catatannya di Facebook.

Tunku Ismail turut menjelaskan ada pihak mencadangkan kepadanya supaya membebaskan individu yang ditahan berkenaan.

Namun kata Tunku Ismail orang yang sama itu jugalah yang sentiasa mendakwa tiada sesiapa pun terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Dan sekarang mereka mahu saya mengarahkan pihak polis untuk membebaskan individu-individu tertentu," katanya.

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan?


Tunku Ismail menyatakan sama ada dikritik atau dihina beliau tidak akan mempedulikan kata-kata yang ditujukan kepadanya.


Malah katanya pihak yang berkenaan boleh meneruskan matlamat mereka.

Tunku Mahkota Johor Buat Pendedahan? "Mereka boleh terus dengan matlamat mereka kerana saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT telah kurniakan kepada saya.

"Allah SWT akan sentiasa melindungi mereka yang benar. Selamat berpuasa," katanya.



1 comment:

  1. Sokong penjarakan. Belajar Hormat intitusi Raja.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...