Sunday, 5 June 2016

Syed Rosli U-Turn Sokong Calon Amanah PRK Kuala Kangsar

Syed Rosli U-Turn Sokong Calon Amanah PRK Kuala Kangsar. Ahli Pemuda UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan dirinya tidak jadi bertanding sebagai calon bebas di PRK Kuala Kangsar, pagi ini.

Beliau berkata, tindakan menarik diri itu kerana masih sayang kepada partinya walaupun tidak berpuas hati dengan pemilihan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, lapor Sinar Harian.

Syed Rosli U-Turn Sokong Calon Amanah PRK Kuala Kangsar.  “Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam UMNO yang banyak berjasa kepada saya, bangsa Melayu dan negara.

“Selepas mendengar nasihat beberapa orang lama di dalam UMNO supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun membuat keputusan pada saat akhir dengan tidak meneruskan niat menjadi calon,” katanya.


Syed Rosli U-Turn Sokong Calon Amanah PRK Kuala Kangsar


Baru-baru ini, Syed Rosli mengambil tindakan menjadi calon bebas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti memilih Mastura sebagai calon BN.

Beliau juga mencetuskan kontroversi dengan menggunakan kata-kata kesat ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya, baru-baru ini.

Syed Rosli U-Turn Sokong Calon Amanah PRK Kuala Kangsar.  Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannya itu dipengaruhi perasaan marah dan kecewa dengan pemilihan Mastura, lapor Sinar Harian.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...