Friday, 3 June 2016

Syed Rosli Mahu Mohon Maaf Dengan Calon BN PRK Kuala Kangsar

Syed Rosli Mahu Mohon Maaf Dengan Calon BN PRK Kuala Kangsar. Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman berasa kesal dengan kata-kata kesat yang dilemparnya terhadap calon BN PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Syed Rosli mengaku bertindak keterlaluan dan dibuat dalam keadaan marah selepas pucuk pimpinan BN meletakkan Mastura sebagai calon.

Syed Rosli Mahu Mohon Maaf Dengan Calon BN PRK Kuala Kangsar. “Saya memohon maaf kepada calon BN untuk Parlimen Kuala Kangsar terhadap apa yang telah berlaku. Saya kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya sedari bahawa tindakan itu dikuasai oleh perasaan marah dan amat kecewa terhadap apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya, lapor Sinar Harian.

Syed Rosli dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata kesat itu dalam catatan Facebook miliknya, semalam.

Syed Rosli Mahu Mohon Maaf Dengan Calon BN PRK Kuala Kangsar


Menurut Sinar Harian lagi, Syed Rosli berhasrat menghubungi Mastura dan memohon maaf kepadanya dan keluarga.

“Setakat ini saya tiada nombor telefonnya. Saya faham dengan keadaannya ketika ini. Bila tiba masa yang sesuai, saya akan bersemuka dengannya untuk memohon maaf,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...