Sunday, 12 June 2016

Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar

Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar. Strategi kempen mengaitkan undi Amanah adalah undi DAP hanya memastikan ahli tegar parti tidak menganjak sokongan kepada Pakatan Harapan, kata Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, sentimen berbaur perkauman itu bagaimanapun tidak banyak mempengaruhi majoriti pengundi yang tidak berada dalam jalur keras mana-mana parti.

Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar. "Sebaliknya, isu bebanan sara hidup, pendapatan hasil padi, pengangguran anak-anak mereka menjadi isu utama," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.

Mengulas lanjut pola pengundi Melayu di kawasan luar bandar, beliau memberitahu isu nasional masih belum begitu menyentuh kesedaran politik mereka.

"Isu nasional seperti 1MDB, GST dan lain-lain tidak memberi kesan dan menjadi perbualan pengundi Melayu berbeza dengan pengundi Cina," tambahnya lagi.


Slogan "Undi Amanah Adalah Undi DAP" Tidak Berkesan Di PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar


Minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan wujud tohmahan mengaitkan undi Amanah untuk DAP.

Untuk rekod, terdapat 67.16 peratus pengundi Melayu di P.93 Sungai Besar daripada jumlah keseluruhan 42,655 pengundi.

Sementara itu di P.67 Kuala Kangsar, pengundi Melayu merangkumi 68 peratus daripada 32,949 pemilih.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...