Monday, 27 June 2016

Setelah Dipecat, Muhyiddin Buat Kejutan

Setelah Dipecat, Muhyiddin Buat Kejutan. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Mukhriz Mahathir mengakui menerima tawaran menyertai parti tertentu tetapi belum membuat keputusan sama ada akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru selepas dipecat daripada Umno.

Muhyiddin berkata, beliau dan Mukhriz akan berbincang dengan lebih mendalam mengenai hala tuju mereka dan mungkin akan tubuh parti baru. "Ini bukan soal tubuh parti semata-mata tetapi kita kena fikirkan rakyat keseluruhan.

Setelah Dipecat, Muhyiddin Buat Kejutan. "Mungkin akan tubuh parti baru tapi itu kita bincang dan ambil kira semua perkara,"katanya dalam sidang media bersama Mukhriz di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya petang ini.

Turut serta dalam sidang media ini adalah ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan para penyokong Muhyidin.

Sebelum ini, Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) membayangkan kemungkinan bakal wujud parti baru di negara ini.


Setelah Dipecat, Muhyiddin Buat Kejutan


Menamakan kumpulan penentang Najib itu sebagai 3M (Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Ketua GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman mempertikaikan tanggapan mereka tidak lagi berpengaruh.

“Benarkah 3M ini tidak ada pengaruh? Bagaimana jika mereka menubuhkan sebuah parti baru?

GKCM akan mula bertindak. Umno akan dilanda badai ketidakpercayaan yang amat dasyat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Setelah Dipecat, Muhyiddin Buat KejutanGKCM adalah gabungan pemimpin Umno peringkat bawahan yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno.




4 comments:

  1. Saya cadangkan MCA, MIC keluar dan bergabung dgn parti baru 3M ini..

    ReplyDelete
  2. Parti baharu? Bleh join blok ketiga pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Parti Baharu Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin dan masukkan sekali TS Khalid Ibrahim bakal jadi wadah baharu politik Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Stuju dgn smua keyataan diatas

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...