Tuesday, 28 June 2016

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar..

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar. Umno Bahagian Semporna hari ini dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin Jumaat lepas.

Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Sampoerna yang diketuai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar. “Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan semasa sidang media di Semporna.

Beliau juga mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku besi dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang parti hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar


Mereka juga menzahirkan kekecewaan terhadap penindasan kepada seorang tokoh yang bertanggungjawab membesarkan UMNO di Sabah tetapi akhirnya dibuang tanpa sempat diberikan peluang membela diri.

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar. Shafie pada Jumaat lalu digantung MT UMNO yang bermesyuarat, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dipecat daripada parti.





1 comment:

  1. Nak tunggu apa lagi dalam UNMO BN tu. TINGGALKAN AJE BIAR UMNO BN BERKUBUR. INSYA ALLAH

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...