Sunday, 12 June 2016

Rupanya Kajian Pengundi PRK Sungai Besar Ini Palsu

Rupanya Kajian Pengundi PRK Sungai Besar Ini Palsu. Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan berkata maklumat cetak skrin yang tersebar itu bukan di bawah kendalian pihak mereka.

"Sepanjang kami ditubuhkan, kami tidak menggunakan metodologi undian pantas atau 'quick poll' dalam kajian kami. 

"Semua bentuk kajian adalah melalui kajian lapangan menggunakan kaedah tatap muka (face to face) dengan responden," tulis beliau di facebook.

Rupanya Kajian Pengundi PRK Sungai Besar Ini Palsu. Cetak skrin yang tersebar itu antara lain menunjukkan peratusan sokongan undi terhadap tiga parti bertanding pada PRK itu iaitu BN, Pas dan Amanah bagi dua tarikh yang berbeza iaitu 8 dan 10 Jun 2016.

Pada maklumat itu, peratusan undi BN dan Pas masing-masing berkurang daripada 56 kepada 46 peratus dan 24 kepada 18 peratus, manakala meningkat secara drastik bagi Amanah iaitu daripada 20 kepada 36 peratus.

"Oleh itu, maklumat yang tersebar melalui media sosial yang menggunakan nama kami adalah palsu," katanya.


Rupanya Kajian Pengundi PRK Sungai Besar Ini Palsu


Nama Ilham Centre tidak asing lagi bagi pengikut tegar perkembangan politik tanahair ekoran sering muncul dengan hasil kaji selidik mereka berkenaan kecenderungan pengundi pada setiap kali berlakunya pilihan raya.

Lebih menarik, hasil kajian mereka disifatkan banyak pihak sebagai antara yang paling dekat dengan keputusan sebenar yang diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rupanya Kajian Pengundi PRK Sungai Besar Ini Palsu. Terbaharu, kajian mereka terhadap sikap pengundi pada PRN Sarawak juga mendapat perhatian banyak pihak ekoran bacaan yang hampir tepat.




1 comment:

  1. Maknanya Parti Aslam Semalay (pAS) tak bole menang la yer...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...