Thursday, 2 June 2016

Rupanya Ini Dalang Jual Pangkalan Data Nama Untuk Deklarasi Rakyat?

Rupanya Ini Dalang Jual Pangkalan Data Nama Untuk Deklarasi Rakyat? Seorang pesara tentera Othman Ab Majid hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan jualan pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat.

Othman, 56, yang memberitahu tidak mewakili mana-mana pihak, bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Saya baca Malaysiakini, (dakwaan) penipuan tanda tangan tujuan deklarasi rakyat, saya rasa bertanggungjawab. Kerana saya bertanggungjawab mengamankan Malaysia.

Rupanya Ini Dalang Jual Pangkalan Data Nama Untuk Deklarasi Rakyat? "Jadi susah payah waktu itu saya rasa tak guna kalau negara kita ini dikucar-kacirkan oleh satu pihak yang berkepentingan," tegasnya.

Sebelum ini, pengatur cara bebas komputer Azharuddin Othman mendakwa dirinya menjual kira-kira 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan bagi mengisi Deklarasi Rakyat.

Beliau mendakwa menyalurkannya melalui Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali juga sebagai Ratu Naga.

Rupanya Ini Dalang Jual Pangkalan Data Nama Untuk Deklarasi Rakyat?


Ema menafikannya dengan bersumpah atas nama Allah dan menjunjung al-Quran.

"Saya memohon siasatan dijalankan oleh pihak polis terhadap tandatangan yang dipalsukan oleh  Azharuddin Othman  dan Ratu Naga atau individu lain terhadap rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat.

"Yang kedua, pencurian data yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat dan siasat dalang yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Polis pada 30 Mei lalu berkata akan memanggil Azharuddin untuk soal siasat.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...