Saturday, 18 June 2016

Rupanya Calon Amanah Popular Di Hari Pembuangan Undi PRK Kuala Kangsar

Rupanya Calon Amanah Popular Di Hari Pembuangan Undi PRK Kuala Kangsar. Populariti calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi terbukti di hari penamaan calon hari ini apabila beliau menjadi seumpama selebriti apabila melawat pusat-pusat pengundian.

Bukan sahaja penyokong Amanah bahkan juga penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik beliau.

Di pusat mengundi Taman Bunga Raya, sekumpulan petugas BN kelihatan berebut-rebut untuk berselfie dengan calon Amanah itu.

Rupanya Calon Amanah Popular Di Hari Pembuangan Undi PRK Kuala Kangsar. Begitu juga petugas Pas. Mereka menerima salam Dr Termizi dengan penuh mesra.

Ilham Centre, sebuah pusat kajian bebas dalam laporan mereka malam tadi berkata, calon Amanah di Kuala Kangsar merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui.

Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.


Rupanya Calon Amanah Popular Di Hari Pembuangan Undi PRK Kuala Kangsar



"Jika berlaku kejutan kepada BN di Kuala Kangsar, boleh dianggap berpunca daripada pemilihan calon yang salah dan Amanah meletakkan calon yang tepat," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre dalam laporan akhir menjelang pengundian hari ini.

Rupanya Calon Amanah Popular Di Hari Pembuangan Undi PRK Kuala Kangsar.  Bagi beliau, calon PAS dan strategi PAS hanyalah untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka daripada beralih sokongan kepada Amanah semata-mata.

"Tidak lebih daripada itu," kata Hisomuddin.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...