Thursday, 30 June 2016

Rupanya Abdul Rahman Dahlan Dah Tahu Keputusan Kes Banglo Guan Eng?

Rupanya Abdul Rahman Dahlan Dah Tahu Keputusan Kes Banglo Guan Eng? “Saya yakin berlaku salah laku,” begitu kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata disebabkan keyakinan itulah beliau kerap membangkitkan isu penjualan dan pembelian banglo oleh Lim. “Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas,” katanya malam tadi.

Rupanya Abdul Rahman Dahlan Dah Tahu Keputusan Kes Banglo Guan Eng? “Saya berharap SPRM akan meneruskan kelazimannya dalam menjalankan tugas tanpa kebimbangan atau pilih kasih. Pada akhirnya, semua ini diharap membawa kebenaran dan keadilan.” Lim ditahan SPRM di pejabatnya di Komtar.

Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon pula ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama.

Mereka ditahan selepas menerima arahan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pagi ini.

Rupanya Abdul Rahman Dahlan Dah Tahu Keputusan Kes Banglo Guan Eng?


Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata Lim berdepan dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Li Koon, Magnificent Emblem; dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli hartanah pada harga bawah nilai pasaran.

Apandi sendiri dilaporkan akan mengetuai pendakwaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak pula membidas sikap dwi-standard pembangkang, selepas kerajaan dituduh sedemikian sejurus penangkapan Guan Eng.

Rupanya Abdul Rahman Dahlan Dah Tahu Keputusan Kes Banglo Guan Eng? “Apabila seseorang daripada kerajaan atau parti pemerintah ditahan atas apa jua alasan, pembangkang dengan pantas bercakap mengenai keadilan, urustadbir yang baik, kebenaran dan sebagainya.

“Mereka tidak akan akui kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah,” katanya dalam catatan blog malam tadi.



1 comment:

  1. Tahniah SPRM. Kepada penjilat-penjilat, bergembiralah kerana yang PASTI dunia dan bumi akan terus berpusing di atas paksinya. Kamu terlepas hari ini tapi semua tahu, Tuhan itu Maha Adil dan satu hari ia akan tetap ditimpakan ke atas anak-cucu keturunan kamu!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...