Tuesday, 14 June 2016

Rayani Air Merayu

Rayani Air Merayu. Syarikat penerbangan Rayani Air akan merayu kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas Lesen Perkhidmatan Udaranya (ASL) dibatalkan hari ini.

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Ravi Alagendrran berkata rayuan itu dibuat agar syarikat penerbangan patuh syariah itu diberi peluang kedua dan pelabur baharu dapat memulihkan dan menguruskan syarikat terbabit.

Rayani Air Merayu. “Pembatalan ini berlaku di puncak rundingan kami dengan pelabur untuk pengambilalihan ekuiti dalam Rayani Air di mana pemilik masa kini sedar bahawa pengurusan mereka tidak lagi layak untuk memulihkan syarikat penerbangan itu.

“Pasukan pengurusan yang berkelayakan dan kukuh daripada pelabur baharu akan memulih dan menguruskan syarikat penerbangan itu lebih baik daripada kami.

Rayani Air Merayu


“Kebangkitan semula Rayani Air penting dalam menyelesaikan kesan kewangan syarikat yang menjadi isu sosioekonomi negara seperti gaji pekerja, bayaran balik tiket dan liabiliti lain untuk manfaat pekerja, perjalanan orang ramai, pemegang saham dan industri penerbangan awam Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, MAVCOM hari ini membatalkan ASL Rayani Air.

Rayani Air Merayu. Dalam satu kenyataan, suruhanjaya penerbangan itu berkata, Rayani Air melanggar syarat ASL dan kurang keupayaan daripada segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.



1 comment:

  1. harapkan rayuan ini diterima baik.....sabar dalam membuat keputusan ...dan ini membolehkan pelabur dapat memulihkan Raiyani Air....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...