Tuesday, 14 June 2016

Ramalan Penganalisis PAS Tercorot Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar

Ramalan Penganalisis PAS Tercorot Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar. Pensyarah Sains Politik, Prof Dato' Dr Mohammad Agus Yusof meramalkan BN akan menang dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

"Pandangan saya mudah sahaja. "Dalam sebuah negara majmuk, kerjasama politik antara kaum itu penting.

"Sejak merdeka, parti yang dapat menonjolkan imej ini menang dalam pilihan raya. "Dan dalam dua PRK ini, BN akan menang lagi dengan imej ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ramalan Penganalisis PAS Tercorot Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar. Beliau kecewa kerana kempen pilihan raya masih jauh dari kematangan bernegara, "Saya melihat dua PRK ini menunjukkan kita masih jauh dari politik matang.

"Mengapa? "Kempen masih bersifat perkauman, masih bersifat mencaci peribadi, masih bersifat mengganggu ceramah parti lawan, dan masih tidak adil biarpun bebas," keluhnya,

Beliau seterusnya meramalkan Amanah di tempat kedua.

"Biarpun Amanah parti baru, tetapi kerjasamanya dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP memberinya kekuatan untuk menyaingi BN, biarpun masih tertinggal 8-10 mata peratus di belakang," katanya.


Ramalan Penganalisis PAS Tercorot Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar


Pas pula diramalkan paling corot kerana gagal dilihat suka berkawan. "Yang rugi besar ialah PAS.

"Biarpun PAS parti lama dan teruji dalam politik negara, tindakannya bertanding sendirian tidak membawa keuntungan politik kepadanya dalam dua PRK ini," jelas beliau.

Ramalan Penganalisis PAS Tercorot Di PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar. Dr Agus berharap selepas dua PRK ini, setiap parti dapat muhasabah semula hala tuju parti masing-masing.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...