Monday, 27 June 2016

Rakyat Bukan Islam Bukan Kafir Harbi Kata Tuan Ibrahim Tuan Man

Rakyat Bukan Islam Bukan Kafir Harbi Kata Tuan Ibrahim Tuan Man. Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi. “Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. 

Rakyat Bukan Islam Bukan Kafir Harbi Kata Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Ia merupakan kenyataan pertama seorang pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu itu, yang menerima kecaman pelbagai pihak.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

Rakyat Bukan Islam Bukan Kafir Harbi Kata Tuan Ibrahim Tuan Man


RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.

DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...