Friday, 24 June 2016

Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar?

Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar? Berlawanan daripada pengumuman rasmi kerajaan, National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull 'dipecat' dan bukannya meletakkan jawatan secara sukarela.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir dalam satu kenyataan media mengakui telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan lalu yang memaklumkan dua pegawai tertinggi SPRM itu telah dipaksa meletak jawatan.

Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar? "Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakan jawatan ketika itu," ujar mereka.

NOW menyifatkan tindakan 'memecat' Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa, menghina kebebasan SPRM dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Malah Abu Kassim yang diumumkan meletak jawatan sebagai Pesuruhajaya SPRM akan kekal berkhidmat sebagai pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020.


Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar?


Menurut NOW, jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yakin tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu gusar atau takut dengan SPRM untuk menjalankan tanggung jawab mereka.

Sehubungan itu, NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Bernama hari ini melaporkan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa Abu Kassim tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya.


Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar?


Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Rahsia Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Terbongkar? Ali menambah,  Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020. Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...