Friday, 3 June 2016

Rahsia Calon Amanah PRK Sungai Besar Terbongkar

Rahsia Calon Amanah PRK Sungai Besar Terbongkar. Status anak jati calon AMANAH P93 Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur mula diperkatakan penduduk setempat.

Semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Azhar tidak akan mengundi di Parlimen Sungai Besar, sebaliknya di Parlimen Temerloh.

Rahsia Calon Amanah PRK Sungai Besar Terbongkar. Bagaimanapun, Azhar yang kini menetap di Sungai Haji Dorani mengakui bahawa beliau mengundi di Pahang, namun menjelaskan ia bukanlah masalah besar kerana sudah kembali ke Sungai Besar.

“Sebelum ini saya duduk dengan ibu mertua saya. Saya dulu bekerja di Temerloh. Itu sahaja, tidak ada isunya.

“Saya duduk di Temerloh dan itu adalah rumah isteri saya. Sekarang ini, saya kembali semula ke Sungai Besar. Temerloh itu kampung isteri saya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Rahsia Calon Amanah PRK Sungai Besar Terbongkar


Dalam PRK Sungai Besar, Azhar akan bersaing dengan anak jati Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mewakili BN dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman bagi merebut kerusi Parlimen yang ditinggalkan allahyarham Datuk Noriah Kasnon akibat nahas helikopter.

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% pengundi Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi dari kaum lain.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...