Monday, 20 June 2016

Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar

Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar. Peratusan undi kaum India terhadap BN meningkat kepada 70% pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam berkata, peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka semalam juga mencecah 70% hingga 75%. “Kami agak gembira peratusan pengundi India yang kami sudah kenal pasti keluar mengundi agak tinggi.

Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar. “Ini bermakna usaha MIC untuk mendekatkan komuniti India kepada BN amat baik,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Yoga Antarabangsa di Stadium Badminton Cheras hari ini.

Seramai 71% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka di Kuala Kangsar dan 74% di Sungai Besar semalam, angka itu bagaimanapun lebih rendah daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 75%.


Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar


Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dimenangi Datin Mastura Mohd Yazid, isteri Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei, dengan majoriti lebih besar iaitu 6,969 undi.

Sementara Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang turut berjaya mempertahankan kerusi Sungai Besar yang disandang Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang juga terkorban dalam nahas helikopter itu dengan majoriti selesa iaitu 9,191 undi.

Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, BN telah mengenal pasti mesej yang hendak disampaikan masyarakat India kepada kerajaan melalui dua PRK itu.


Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar


“Ia perlu bagi kami untuk mengenal pasti supaya apa yang dimahukan mereka dapat dipenuhi dan sokongan ini akan berterusan dan menjadi lebih baik.

Rahsia BN Menang Besar PRK Sungai Besar Terbongkar. “Dan sudah tentu isu komuniti perlu diutamakan,” katanya sambil mengingatkan kerajaan BN supaya menangani isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat bagi membolehkan BN terus mendapat sokongan kuat pada PRU akan datang.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...