Saturday, 11 June 2016

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan?

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan? Anak perempuan Perdana Menteri turut menumpang jet peribadi yang disewa khas kerajaan sehingga menimbulkan tanda tanya siapa yang selayaknya menggunakan kemudahan mewah itu.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media berkata, jika kesibukan tugas dan jadual ketat dijadikan alasan kenapa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE, mengapa anak beliau, Nooryana Najwa Najib turut sama di dalam penerbangan itu?

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan? "Adakah anak kepada menteri-menteri juga dikira sebagai VVIP? Saya boleh sahkan bahawa anak Datin Seri Rosmah Mansor turut sama menaiki pesawat tersebut dan saya sertakan gambar-gambar berikut sebagai bukti," katanya.

Rafizi turut mempersoalkan alasan yang diberikan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa menyewa jet peribadi bukanlah 'perkara baru' bagi kerajaan Malaysia.

Anak perempuan Rosmah diiring masuk ke pesawat khas yang disewa kerajaan

Malah Rizal menjelaskan bahawa jet itu disewa Kerajaan Malaysia bagi tempoh dua bulan untuk kegunaan pembesar negara (VVIP).

"Setiap kali saya mendedahkan pembaziran akibat dari kos menggunakan jet peribadi, alasan-alasan inilah yang akan digunakan dengan mengheret nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan? 


"Kalau pun jet-jet peribadi ini adalah satu keperluan kepada pembesar-pembesar, siapa yang secara rasminya diiktiraf sebagai pembesar VVIP yang boleh menggunakan jet peribadi ini?

"Urusan bagaimana yang membolehkan mereka menggunakan jet peribadi ini? Tidakkah ada panduan dan had penggunaan supaya wang rakyat tidak dibazirkan?" soal beliau.

Rafizi turut menyifatkan alasan Rizal bahawa jadual Rosmah yang ketat dan tidak sesuai untuk menggunakan penerbangan komersil sebagai dangkal dan menghina rakyat.

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan? Menurutnya, semasa Kelantan dilanda banjir teruk di akhir 2014, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak lewat pulang dan menggunakan penerbangan lain untuk pulang ke Malaysia dari Hawaii sedangkan jet peribadi rasmi kerajaan yang digunakan beliau melencong ke arah yang bertentangan dengan singgah di Los Angeles dan kemudiannya di Indianapolis.

"Sehingga sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak menjawab soalan saya sama ada jet itu singgah untuk memantau kerja-kerja naik taraf jet peribadi yang baru dibeli ketika itu," kesal Rafizi.

Rafizi Ramli Dedah Penemuan Gambar Menggemparkan? 


Beliau turut mencabar calon-calon BN dan Pas supaya mendesak Perdana Menteri menyiarkan secara terbuka senarai penuh perjalanan dan kos terlibat bagi semua jet-jet peribadi yang ditanggung oleh rakyat bagi tahun 2015 dan 2016.

"Kegagalan mereka berbuat demikian memberi makna mereka juga bakal gagal menegur pembaziran kerajaan jika dipilih ke Parlimen kelak," ujarnya, lapor Malaysia Dateline.



2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...